Myra Mokhtar.. Ketika kehidupan kita memberi beribu alasan untuk menangis tunjukkan bahawasanya kita mempunyai berjuta alasan untuk gembira...
Tuesday, March 29, 2016
Cheerleader
[Verse 1:]
When I need motivation
My one solution is my queen
'Cause she stays strong
Yeah, yeah
She is always in my corner
Right there when I want her
All these other girls are tempting
But I'm empty when you're gone
And they say
[Pre-chorus:]
Do you need me?
Do you think I'm pretty?
Do I make you feel like cheating?
I'm like no, not really 'cause
[Chorus:]
Oh, I think that I've found myself a cheerleader
She is always right there when I need her
Oh, I think that I've found myself a cheerleader
She is always right there when I need her
[Verse 2:]
She walks like a model
She grants my wishes
Like a genie in a bottle
Yeah, yeah
'Cause I'm the wizard of love
And I got the magic wand
All these other girls are tempting
But I'm empty when you're gone
And they say
[Pre-chorus:]
Do you need me?
Do you think I'm pretty?
Do I make you feel like cheating?
I'm like no, not really 'cause
[Chorus:]
Oh, I think that I've found myself a cheerleader
She is always right there when I need her
Oh, I think that I've found myself a cheerleader
She is always right there when I need her
[Instrumental break]
[Bridge:]
She gives me love and affection
Baby, did I mention
You're the only girl for me
No, I don't need a next one
Mama loves you too
She thinks I made the right selection
Now all that's left to do
Is just for me to pop the question
[Chorus:]
Oh, I think that I've found myself a cheerleader
She is always right there when I need her
Oh, I think that I've found myself a cheerleader
She is always right there when I need her
http://www.azlyrics.com/lyrics/omi/cheerleaderfelixjaehnremix.html
Friday, March 25, 2016
Mata Lekat..
holla..
menghitung masa dan hari..cepat la berlalu.
rutin yang berubah waktu tidur sekarang pon berubah. jadinya pagi aku akan jadi macam gambar di atas.
berat yang tak terhingga. mengantokkkkk weeeeyy.
semalam kwan gelak pon tak ada. joker yang patut ada pon tak de. mereput la.
ini lah koje aku malam-malam buta dari malam sampai pagi haha kadang tetido dengan telifon sekali.
pagi-pagi lambat pegi kerja..cannot gi gini weyy..haha
mula minggu depan kena tukar. bagun awal kalau tak memanjang lambat.
Tuesday, March 22, 2016
Seketika Membasahi Bumi..
Holla..
39 hari lagi..hehe
pagi tadi hujan membasahi bumi..dapat lah seketika meredakan bumi yang hampir mendidih ini huhu
satu perkataan yang semua lafazkan.. ALHAMDULILLAH.. syukur :)
mengurangkan bahang..panas kering yang melanda selama hampir sebulan ini. jumlah penggunaan eletrik pun meningkat sepanjang masa ni, manataknya kipas kena kerja overtime tanpa henti berputar..kalau tak mandi peluh la nampaknye. ini semua gara-gara el-nino yang melanda.. baru-baru ini juga ada kes yang menyebab kan kematian..terkena strok haba.
El-Nino Punca Cuaca Bercelaru
Written by Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Utusan Malaysia
Kecelaruan dan perubahan cuaca dunia
yang tidak menentu lewat kebelakangan ini memberi petanda bahawa
fenomena El-Nino (yang juga dikenali sebagai ‘si anak kecil' dalam
bahasa sepanyol) berulang kembali. Namun kehadirannya pada kali ini
tidaklah seteruk yang pernah berlaku pada tahun 1997-1998 (yang telah
menyebabkan berlakunya jerebu, kemarau dan kepanasan yang melampau
dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius) dan dikatakan yang
paling buruk pernah berlaku sejak 150 tahun yang
lampau.Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kita boleh memandang sepi
sahaja hal tersebut kerana walaupun ia tidaklah seteruk yang pernah
berlaku sebelum ini, namun kita tetap merasai bahangnya.
sumber: http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8100-el-nino-punca-cuaca-bercelaru
Monday, March 21, 2016
Hancur Aku..
Lirik Lagu Hancur Aku – Fazura & Estranged
Apa khabar temanKu perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya
Ketemuan ini
Ku merindukan kehadiranmu
Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Apa khabar teman
Harap engkau cari
Diri aku
Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku
Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Saturday, March 19, 2016
Romeo
Bila nanti kita bersatu
Runtuhkan tembok China
Buat kita terpisah
Pedulikan semuanya
Aku milikmu
cendera, dipelukkan
Di mata, selalu
Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua
Entah bila kapal musnah
Belah samudera
cendera, dipelukkan
Di mata, selalu
Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua
Masa perlahan berputar
Bila nanti kita bersatu
Sabar menantikan aku
Akan tiba kita berdua
Thursday, March 17, 2016
Tugasan Berubah::Sejak Bila Jadi Hakak Sado ni??
Holla..
untuk pertama kali dalam hidup aku rasa masa terlalu lambat untuk berputar.huhu taksabar nak ke bulan 5 dan 7. Merupakan bulan yang penting untuk aku. tak sabar nak mengakhiri semua ini.(acehhwahh) makin poyo ayat aku akhir-akhir ini :p
Sudah beberapa minggu ini keletihan yang melanda diri..
maklum la setelah orang kuat rumah patah tangan. jadi tugasan orang kuat tu beralih tangan kepada aku. aku lah supir(pemandu)aku lah jugak bibik(pembantu) dan semua yang sewaktu dengan nya.. sampai pernah aku memandu smbil pejam mata kejap(ini tidak elok ye) karang pejam-pejam tak celik-celik pulak. tapi tu memang dah letih sangat tak boleh tahan tawakal ajee.haha ada hari-hari pulak aku nak kena bawa pilot yang dah cedera tu p hospital. bergilir-gilir dengan ayah sebab mana boleh nak keluar tiap-tiap minggu kan. buat kena maki je. aku pon malas nak keluar tapi terpaksa la jugak. mana datang adik beradik lain nak menolong aku jela yag hado.
Cuti hujung minggu penuh dengan jemputan kahwin kawan-kawan dan saudara mara ayah. so tugasan supir tanpa henti memandu. haha bila pilot tak boleh memandu co pilot mengambil alih. memang letih abis tugasan di rumah kita sambung tugasan lain pula. aku pon tak perasan sejak bila aku jadi hakak sado macam ni sampai lah along tegur..
Along: "kau tak letih ke dah seharin buat kuih sambung jadi pemandu sampai ke malam pusing satu bandar melaka..? aku yang duduk sebelah pon dah letih.."
Aku: "aha ek..." *sambil senyum*
sejak itu lah aku perasan yang aku dah tak lembik lagi.semua pegi sendiri,buat sendiri, tak boleh bergantung lagi dekat orang lain. Jadi kakak-kakak pulak.
nak buat macam mana nak ke tak kena gagah jugak la.
malam-malam pulak mau ngedate sama kawan aku yang jauh tu. waktu tak sama.. jadi sedia bersengkang mata. hari-hari tido 3 pagi haha(sanggup kauuu) bagun pagi muka macam zombie.. haha esok pulak tugasan tambahan pagi-pagi sebelum subuh aku kena siap sedia nak ambil adik tercinta(tetiba jadi hakak penyang pulak heee)tengok lah tertongeng ke tak aku esok. untuk itu bertabah la..
ini gambar contoh kami berinteraksi..kalau betul idok le gini gamaknye muka aku dengan muka kawan tu huhu
ok lah dapat tgok gini dari tak tengok langsung huhu
sekian,
xoxo
sumber gambar:: En.Google
Tuesday, March 15, 2016
Bila berat badan naik mendadak:: Tumit kaki sakit& stretch mark menghantui..
holla..
lama tidak bersiaran..
busy dengan pekerjaan tambahan aku menyahut cabaran menteri(cehh wahh..yo arr je myra ni)buat lebih dari satu kerja.
sakit-sakit tangan lama tak buat kerja berat..bersyukur degan apa yang ada sekrang.
untuk pengatahuan kalian sejak awal tahun hari tu berat badan aku naik mendadak dari 38-39kg je skrang dah mencecah 46kg kau rasa?? hahaha aku mula pesan bila nak pakai seluar semua dh ketat yang amat(adoii semua kene beli baru) baju yang kecik-kecik semua dh nampak tak semenggah lagi bila nak pakai huhu tunggu untuk di sedekahkan lah nampaknya. ramai jugak yang lama tak jumpa dah tegur ang badan dan pipi dah naik mula-mula happy tapiii...
kegusaran mula timbul bila aku dah mula rasa sakit tumit yang kerap sekrang ni dan terdapat stretch mark yang melampau-lampau di peha aku ni. risau mula2 ingatkan urat-urat dah mati ke rosak timbul-tibul rupanya setelah di bantu oleh En.Google aku temui jawapan stretch mark rupanya.
punca yang ada lah berat badan yang naik secara mendadak tu yang buat tumit sakit dengan timbul stretch mark.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sekarang aku sedang serabut mencari solution untuk masaalah ini..sape-sapa boleh tolong??
mungkin jugak berat badan ni tak padan dengan tinggi aku yang rendang ini haha tapi nak gemok taknak kurussss.. :(
Thursday, March 3, 2016
Tak Ada Cinta Sepertimu..
Dalam detak nadiku
Kau selalu ada cintamu
Dalam jantungku ini
Hanya ada rindumu
Sungguh ini cinta
Dirimulah sejati
Dirimulah yang abadi
Selalu dalam mimpiku
Setia dihatiku
Percayalah sayang
Ku akui engkau
Adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah
Meninggalkan aku
Dan hanya dirimu
Kau menjaga hatiku
Disetiap hela nafasku
Kasihmu tak pernah
Ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga tahu itu
Selamanya ku setia padamu
Ku akui engkau
Adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah
Meninggalkan aku
Kasihmu tak pernah
Ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga tahu itu
Selamanya ku setia padamu
kAsihmu tak pernah
Ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga tahu itu
Selamanya ku setia padamu
Dalam detak nadiku
Kau selalu ada cintamu
Selalu dalam mimpiku
Setia di hatiku
Sungguh ini cinta
Tuesday, March 1, 2016
Confident bahawa Allah akan ampunkan dosa-dosa?
Tanda taubat kita di terima?
Semua
nak tak nak, kena SEDAR diri sikit. Jangan ingat kita ni hebat sangat. Jangan
ingat kita ni di sisi Allah mulia sangat, pada masa yang sama, kita buat
maksiat macam apa, bahkan, kita tak rasa maksiat yang kita buat tu sebagai dosa
langsung! Bahkan, boleh promote lagi kat twitter, instagram dan sebagainya.
Contoh?
Ada yang
menjadi EJEN untuk promote lagu-lagu barat, lagu kpop, dan segala lagu-lagu
yang ada unsur maksiat di dalamnya, dengan cara meretweet, like, follow dan
lain-lain artis-artis yang korang obsess. Tak malu ke wahai kawan? Tahu tak
korang, orang lain boleh Nampak apa yang korang follow kat twitter dan
instagram?
Ada juga
yang dengan rileksnya follow berlainan jantina di instagram. Motif? Nak usha
perempuan/laki tu ke? Menundukkan pandangan tu wajib wahai kawan. Korang boleh
rileks, siap follow lagi, dengan tengok gambar-gambar selfie berlainan jantina
di newsfeed, siap like lagi, apakah ini?!
Yang tak
tutup aurat sempurna, malas nak hurai. Yang couple, atau yang bermesej-mesej
lain jantina, ikhtilat dan sebagainya, pun saya malas nak sentuh.
Persoalannya
hari ni, ada orang-orang yang mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas,
mereka menggunakan alasan “Allah maha pengampun” sebagai penenang hati ketika
mereka melakukan maksiat! TETAPI, adakah Allah terima taubat kita? Adakah?!
Saya
terpaksa hurai isu ni, sebab terlalu ramai yang over confident bahawa Allah
akan ampunkan dosa-dosa dia, dan di sebabkan kita terlalu over confident, kita
dengan rileksnya terus menerus melakukan dosa.
Sedih
rasanya! Malu ya Allah!
TANDA
TAUBAT DI TERIMA
Hakikatnya,
kita takkan tahu, takkan tahu! Kita takkan tahu adakah taubat kita Allah terima
atau tidak. Namun, apa yang kita boleh tahu adalah TANDA-TANDANYA sahaja. Yang
mana, kalau ada tanda-tanda ni, insyallah, taubat kita tu di terima. Jika
takde, maka janganlah perasan, janganlah mendabik dada merasakan bahawa taubat
kita di terima. Jangan!
So,
apakah tanda-tandanya? Renungilah, kemudian, muhasabah, adakah tanda-tanda ini
ada dalam diri kita. Jika tidak, menangislah, kerana takut-takut, taubat kita
selama ni, hanyalah taubat yang kosong. Takut-takut!
1)Rasa
nikmat dan manis tika melakukan ketaatan.
Ni tanda
pertama. Kalau kita dah taubat, tapi kita masih rasa berat untuk buat baik,
masih rasa malu untuk berubah, masih rasa penat dan beban dalam melakukan
ketaatan, MALAS dan sebagainya, bermakna, taubat kita masih belum di terima!
Baca
quran tak nangis, doa tak nangis, solat tak nangis. Tengok drama korea/jepun,
menangis. Apakah ini? Apakah semua ini? Argh!
Means,
kalau kita masih rasa MANIS, seronok, cenderung dan minat untuk buat maksiat,
boleh rasa tenang bila dengar lagu-lagu tak elok misalnya, maka, ketahuilah,
taubat kita hanya taubat yang menipu. Ya Allah, jauhi kami dari perkara in!
2)Istiqomah
dalam melakukan ketaatan.
Tanda
taubat seterusnya ialah kita istiqomah dalam berubah! Bukan sekajap baik,
sekejap jahat, sekejap solat full, pastu malas, tinggal solat balik. Dah tak
chatting dengan berlainan jantina, pastu chatting balik. Dah break up dengan
couple, pastu tiba-tiba rasa nak cari couple baru. Dah cantik tudung labuh,
pakai tudung singkat balik. Tak pakai tudung malas saya nak sentuh,
faham-fahamla. Ini semua adalah tanda Allah tak terima taubat kita lagi!
Berkata
seorang ulama’:
“Tanda
taubat di terima ialah kau istiqomah atas jalan hidayah dan perubahan. Bila kau
bertaubat, kau berubah, dan istiqomah dalam perubahan itu, itu tandanya
Allah terima taubat kau. Sebaliknya, kalau kau putus-asa, tak istiqomah dengan
perubahan kau, itu bermakna kau TAK JUJUR dalam bertaubat dan Allah masih tak
terima taubat kau!”
Ergh.. Nak
nangislah pulak. Ya ALLAH, bantulah kami ya Allah!!
3)Meninggalkan
maksiat.
Ini satu
benda yang sangat penting. Tanda taubat kita di terima ialah kita tidak lagi
melakukan maksiat yang telah kita taubatkan! Kalau kita taubat sebab tak solat,
jika kita masih tak solat selepas itu atas apa-apa alasan tak munasabah dan
tiada uzur, maka taubat kita Allah tak terima! Kalau kita taubat dari menonton
video lucah, namun selepas itu kita masih tengok video lucah, tu tanda Allah
tak terima taubat kita! Sama juga untuk couple, ikhtilat, zina, arak, masih tinggalkan puasa, dan
segala maksiat yang kita buat!
Bila
kita dah bebas dari maksiat yang kita taubatkan, itu tanda taubat kita di
terima, dan ketika itulah kebahgiaan muncul!!
4)Menjauhi
dan meninggalkan kawan-kawan yang berperangai buruk dan jahat.
Ini
paling saya nak hurai. Hakikatnya, kita akan suka duduk dengan orang yang sama sepsis
dengan kita. Kalau kita ni suka benda jahat, kita akan suka lepak dan bergaul
dengan orang jahat. Contohnya, kita ni kaki perempuan. Sikit-sikit cerita pasal
perempuan ni, suka ni, suka tu, tu cantik, ni cantik. Maka, kita akan duduk
dengan orang yang suka cerita pasal perempuan jugak.
Kalau
kita ni kaki movie dan wayang, kita akan lepak dan duduk bersama kaki-kaki
wayang jugak. Kalau kita jenis yang obsess artis, suka bieber, exotic, one direction, Lee min ho, CR, Mee hun Sup
dan ramai lagi, maka kita akan lepak dengan orang yang sama macam kita!!
“Orang
yang jahat, akan merasa tenang dan gembira bila bertemu orang yang jahat. Orang
yang baik, akan merasa tenang dan gembira bila bertemu orang yang baik…”
So,
kawan-kawan yang macamana kita WAJIB jauhi?
****
Ciri-ciri kawan yang wajib kita jauhkan dan tinggalkan:
a)Yang
tak support kita berubah, sering perli dan menganjing kita bila kita nak
berubah.
Contohnya, bila kita buat baik sikit, dia cakap:
“Pergh..sejak
bila kau alim ni?Bapak ah!”
“Fuhh..Ustazah
sekarang. Ini poyo semua ni…Haha..”
Dan
banyak lagi contoh. Malas nak reka dialog. Haha..
b)Sering
mengajak kau buat dosa.
“Weh,
jom pergi wayang. Tengok cerita ‘Transfomer 7’. Best tu beb. 3D!!”
“Jom gi
konsert Justin Bieber kat Malaysia..Eee…meltingnya!!Tak sabarnya!!”
“Kau nak
amik dari aku siri-siri drama korea tak? Aku ada banyak gila, baru habis
download semalam. Lee Min Ho cute gila!Hehe..”
“Kau dah
dengar lagu Katy Perry yang baru? Tajuk lagu dia, ‘twinkle little star’ tak
silap. Bapak ah, sedap gila bro!!”
"Kau nak aku match kan kau dengan crush kau tak?Aku boleh je tolong. Haha..Baru cinta kau berbalas beb!"
c)Suka
sembang benda-benda dosa.
“Weh,
crush aku macam tak layan akula kat FB. Aku mesej tak balas pun. Sedihnya!”
“Pergh.
Samdul tu cute kan?Lagi-lagi janggut dia. Suka sangat!!”
“Wei
korang, Siti Samarinda Bt Mud Arid Lil Sukun(pergh, nama buruk gila. Sorry)
cantik gila kan? Time dia selfie kat instagram, gila. Berdebar kot jantung aku.
Cantik gila bapak kot!!”
d)Melazimi
maksiat walaupun dah di tegur.
Contohnya,
masih tak tutup aurat, masih ikhtilat, masih buat perkara-perkara yang tak
sepatutnya dalam agama, walaupun dah di tegur.
Kawan-kawan
macam ni, tinggalkanlah!!
***
Kawan-kawan
yang baik ni, bila kita bersama dia, kita ingat Allah. Kita buat salah, dia
tegur, kita rasa lemah-semangat nak berubah, dia support. Kita ada masalah, dia
jadi pendengar yang baik dan bantu sedaya mungkin. Mereka juga sentiasa
melazimi amal soleh, menjauhi maksiat, tinggi sifat malu, dan baik akhlaknya,
menutup aurat dengan sempurna, juga semangat dalam melakukan perubahan.
Berkata
Ibn Athoillah:
“Janganlah
kamu berkawan dengan seseorang yang keadaannya tidak membuatmu terdorong untuk
berbuat baik dan ucapannya tidak membimbingmu menuju Allah! “
“Allah
telah menyuruh kamu berusaha bersahabat daengan orang-orang pilihan yang bersih
dan duduk bersama mereka-mereka yang warak dan dekat dengan Allah. Ketahuilah,
sebagaimana engkau di minta untuk meninggalkan maksiat, engkau juga di minta
untuk menjauhkan diri dari pelaku maksiat. Engkau tidak boleh bermuka manis dan
bercengkarama dengan mereka!! Tetapi, hendaklah engkau berdoa agar mereka
mendapat petunjuk…”
Ada
orang tanya saya:
“Habis
tu, kawan-kawan yang jahat, siapa nak kawan dan bimbing mereka?!”
Saya
jawab:
“Orang jahat
bukan untuk di kawan. Orang jahat adalah untuk di dakwah. Bila kita berkawan
dengan mereka, kita akan terpengaruh. Tetapi, apabila kita berdakwah, kita yang
akan mempengaruh!”
JANGAN
PANDANG REMEH DOSA
Sekarang,
ramai gila orang dah tak anggap dosa tu dosa. Mereka anggap, dosa kecil tu
takde apa, remeh dan tak mendatangkan murka Allah. Apakah ini?Apakah??!
Ibn
Athoillah menyebut:
“Kadang-kadang,
kau takut terhadap dosa-dosa besar sehingga kau cemas akan balasannya, lalu kau
menjauhinya, serta bertaubat setelah melakukannya. Tapi, pada masa yang sama,
kau meremehkan dosa kecil, tak bertaubat darinya kerana di anggap kecil dan
remeh. Engkau tak berusaha menghindarinya dan terbiasa melakukannya. SIKAP
INILAH yang paling MEMBAHAYAKAN agama
seorang mukmin…”
Sebab tu
wujudnya orang yang dah tak rasa bersalah tengok movie sedangkan di dalamnya
ada watak tak pakai tudung, ada bukan muhrim dan sebagainya, tapi kita boleh
tengok dengan rileks bahkan langsung tak rasa bersalah, dan bila di tegur, tak
puas hati, pastu menganggap orang yang tegurnya sebagai keras dan syadid. Pelik
gila orang macam ni!
RACUN,
walaupun kecil dan sikit, ia pasti akan membahayakan dan boleh membunuh! Dosa
kecik yang di lakukan terus-menerus ibarat percikan api. Bila percikan api tu
di remehkan, ia akan membakar seluruh kampung! Bahkan, ada pepatah berbunyi:
“Sebahagian
api besar berasal dari percikan-percikannya…”
Bahkan,
tanda iman rosak ialah tak rasa bersalah bila buat dosa kecik!!
JANGAN
PUTUS ASA DALAM BERTAUBAT
Huh.
Ramai orang yang bila taubat, dia buat balik dosa, bila taubat, dia buat balik
dosa, berulang-ulang benda yang sama. Sampai satu masa, dia rasa taubat dia tak
berguna, dan rasa down dan lemah semangat untuk bertaubat.
Jangan.
Jangan putus-asa wahai kawan. Saya merayu…
Kalau
kau sakit, kau mesti akan berterusan makan UBAT, kerana kau nak sihat, nak
hidup dengan aman bahagia, tanpa rasa putus asa. Apakah UBAT yang kau makan itu
manis? Tidak! Ubat tu pahit! Tapi, kalau kau mampu menelan dan menahan
kepahitan ubat tersebut, engkau akan sembuh lama-kelamaan.
Begitu
juga maksiat. Maksiat itu tanda diri kita sakit. Dan ubat itu adalah TAUBAT.
Dan tanda taubat di terima ialah kita tak ulangi maksiat itu. Kita taubat,
taubat, taubat, sehingga ruh kita sihat dan sembuh dari penyakit maksiat!
Walau, kita terpaksa menelan “pahitnya berubah” dengan meninggalkan “manisnya
maksiat”, namun akhirnya, KESEMBUHAN dan BEBAS dari maksiat itulah yang kita
dambakan di dunia ini…
Sungguh.
Cuba kau
bayangkan. Kalau kau adalah anak yang derhaka dan berkali-kali melakukan
perkara yang menyakiti hati ibu kau. Dan sampai satu masa, kau buat keputusan
untuk LARI dari rumah, meninggalkan ibu kau sejauh-jauhnya, walaupun ibu kau
masih mencintai kau.
Dan,
sampai satu masa, di malam yang hening, dan hujan lebat yang membasahi, kau di
langgar oleh kereta lalu cedara. Dan kau tak tahu di mana ingin bergantung,
lantas kau kembali ke rumah ibumu. Kau mengetuk berkali-kali pintu tersebut,
mengetuk dengan sungguh-sungguh, dengan penuh penyesalan dan tangisan yang
teresak-esak, mengharapkan pertolongan dan ampun maaf dari ibumu. Adakah ibumu
yang amat mencintaimu itu akan buka pintu tersebut?
Sudah
pasti. Ibumu tak sanggup melihat kau susah, lantas membuka pintu rumah tersebut,
dan menjaga kau dengan penuh kasih-sayang. Itulah kasih seorang ibu! Namun, kau
perlu tahu:
“Kasihnya
Allah kepada hambanya 70 kali ganda dari kasihnya ibu pada anaknya!!”
Bila kau
bermaksiat, melakukan perkara yang Allah murka dan marah, dank au buat
keputusan untuk LARI dari Allah, jauh dari Allah, kau menyampah dengan Allah
sedangkan Allah dah bagi kau pelbagai nikmat, dan kau gunakan nikmat tu untuk
bermaksiat.
Namun,
sampai satu masa, tika hati kau dah kotor dan kau amat terseksa
dengannya, dan kau pun menangis, mengetuk pintu taubat dengan
sungguh-sungguh, berkali-kali
tanpa jemu, mengharap ampunan Allah. Kau rasa, adakah Allah akan buka
pintu
tersebut?
“Kasihnya
Allah kepada hambanya 70 kali ganda dari kasihnya ibu pada anaknya!!”
Kalau si
ibu pun tak sanggup melihat anaknya dalam kesusahan, apatah lagi Allah. Allah
pasti, pasti akan buka pintu taubat untuk kau! Ketika itu, kau akan bahagia, tenang,
bercinta dengan Allah, bermesra dengannya, sentiasa menangis kerinduan padaNya,
dan bebas dari dosa noda dan maksiat.
Allah....
Ampunkan
kami yang kurang ajar dan derhaka ini.
Di sudut
hati kami, kami amat terseksa dengan maksiat. Bebaskan kami ya Allah……….
Menangislah wahai diri...Saya merayu.
-Adnin Roslan-
c/p dari blog : http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/tanda-taubat-kita-di-terima.html
Subscribe to:
Posts (Atom)