Be My Followers

Friday, June 19, 2015

vacation tak dijangka..



Holla..
Hari ni nak berbuka apa ek?? Wahh
Pagi-pagi buta lagi dah tanye..hehe
Kalau semalam puasa boleh la dok melengkau dekat atas katil je..tapi hari ini jgn harap..kerja-kerja :(
Tapi kerja itu pon satu ibadah tau jadi kena semangat-semangat pegi bekerja.

Hari tu orang semua sebok kerja aku dah cuti hari ni orang semua sebok cuti aku kena la kerja sape yang nak bayar gaji cuti lelama ni..oii..huhu

vacation ?? Tak yah vacation sangat la tujuan sebenar nak hantar adik ke universiti sambil tu bercuti la sekali alang-alang dah sampai ke terengganu.

Kami mula bertolak hari ahad..perjalanan sepatutnya 6jam tapi sebabkan bayak berhenti makan perjalanan jadi 7-8jam baru sampai. letih memang yang teramat. Dah la sampai sana main terjah je terus cari tempat untuk kami tinggal sementara di terengganu ni dan..


Ini rumahnya..cantik dan selesa..selesai hari pertama.

Ini hari kedua punye cerita.
Pendaftaran si budak ni..
Semua orang buat kan untuk dia sampai sana buat sendiri ye dikk..along dan angah tak ada nak tolong..
Pandai-pandai lah bawak diri di tempat orang(cewahh kita nasihat orang kita tak penah dok jauh dari mak dana ayah) hehe

Selesai pendaftaran kami semua ke bilik dia pulak apa alagi gotong royong kemaskan barang-barang si budak ni..kalau tinggal gitu je mau menangis pulak dia ni :p hehe masa nak tinggalkan dia petang tu dah mula drama dia.."adik nak balik macam mana?" "Ayah adik tak nak naik bas..ayah belikan tiket kapal terbang tau.." Hamboiii kau deman ea.. Hakak-akak kau ni tahan kebas-kebas kaki drive ko sedap je mintak gitu..untung kan jadi anak last? macam tu aku pon nak :,(
Baru berapa hari duduk sana ayah dah belikan tiket kapal terbang untuk adik balik raya ni..kami yang kakak-kakak ni rasa arghhhhhhhhh...! Ini tidak adil :/
Bila kami dah tinggal bertiga. Adik aku dah mula duduk di U. Apa lagi masa untuk berehat samtai dan bercuti huhu jom ke pantai teluk ketapang sambil menikmati satay ikan huhu sedap betul..
Tapi belum sempat menikmati keindahan alam si budak kecik dah mula call macam-macam yang tak cukup..huhu

Hari terakhir di terengganu kita ke pasar payang. Yang ni memang rambang mata rasa macam semua benda nak beli tapi beringat jugak sebab dah nak puasa memang tak ada yang nak makan.
Bayak lagi tempat yang tak sempat nak lawati. Tapi InsyaAllah lepas ni kami ke sana lagi.

Sekian 
Xoxo






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...