Be My Followers

Monday, March 31, 2014

Fikir-fikir..


Hola isnin..
Selamat tengah hari olls perut aku dh mula bunyi macam-macam jenis lagu ni..wrghh laparrrrr..!
Nak makan mana hari ni?? Hari ni tak menjalani misi berjimat cermat sebab penyakit M sampai haha
Dah dua hari bjalan je malam cari katil tido huhu 

Dari pagi ada je yang tak kena. Gerrrrr
Ni semua disebabkan kisah senalam.
Dari semalm otak ni rasa tak boleh nak cerna apa yang mak aku cakap..bila dia masuk tercampak keluar balik bahahahaha (apakah?) nanti aku kongsikan. Makin aku fikir lagi serabut rasanya baik aku tak payah fikir tapiiiiiii....tak boleh dia sangat mengganggu.. (Susah betul)

#alasanuntukbahagia
Xoxo

Friday, March 28, 2014

Hola jumaat..


Hola..salam jumaat
Hari ni mula bertugas balik setelah berehat di rumah 1 hari.(rehat ke?) hihi
Sunyi lagi di sini..kosong dan lengang yang tinggL bunyi lampu dekat ats kepala aku ni je yang membingitkan telinga kat sini.

Rehat yang panjang hari ini tak tahu ke mane arah tuju..ke taska MIA atau duduk kat sini je tak pasti tengok tahap kerajinan aku mana tahu ke tempat lain pulak..haha

Tertarik dengan kata-kata di atas hidup ibarat main game..betul jugak kan?
Makin meningkat usia ni makan mencabar dugaan yang ada. kadang-kadang senang nk tempuh kadang-kadang tu...huhu sampai menagis uolls. Suka duka silih berganti apa pun dugaan tabahlah menghadapi...(tetibe masuk lagu raya) bahahahaha

Xoxo


                                                                                                                    

Thursday, March 27, 2014

Bersiaran dirumah..

Hola..
Selamat tengah hari semua..
Hari ini aku bersiaran dari rumah sebab akhirnya aku jadi cuti hehe
Biasa aku akan update cite di blog awal tapi hari ni lamabt sebabnya banyak betul aktiviti
Pagi bawak mak p klinik sebab dia demam..
Balik je rumah pi selongkar peti sejuk tengok apa ada nak masak..hari ni mak dok diam-diam na..biaq cik kak ngah masak huhu
Dengan bangganya padahal nak masak ape pon aku tak tau..
Setelah beberape kali tawaf dapur kecik tu last sekali aku terfikir ok kita masak sambal..!
So bertungkus lumus lah didapur sampailah terhasil sambal goreng..


Dah siap masak sambal goreng..macam tak lengkap lagi fikir nak goreng sayur kalu biasa putih tu je takde orang nak makan jadi aku pun google tapi kebanyakan goreng biasa je..bukak balik peti sejuk tengok ada kiub tom yam..nak masak tom yam ke? Uisss malas pulak..
Fikir punya fikir ok aku try goreng sayur masuk kiub tomyam.. Kalo tak sedap aku buang haha
Tapi uolls rupa-rupanya sedappp mak aku suka haha maknanya misi berjaya lah 


Siap misi masak memasak ni nak siapkan misi menulis cerpen pulak
Semoga cepat habis yang penting gambar sumber inspirasi ada dekat depan huhu kalau mengantok pon boleh jadi segar ;p

Sekian sahaja siaran dari rumah aku. Jumpa dalam entry seterusnya
Daaa..

Xoxo


                                                                                                                         

Sayur goreng tom yam..


Bahan-bahan:

Udang
Daging
Ayam
Sayur-sayur (terpulang nak masuk apa pun)

Caranya:
Tumis sedikit bawang merah dan putih
Masukan air dan juga masukan udang,daging,ayam tadi(renih sekejap)
Masukn kiub tom yam dan sedikit garam
Akhir sekali masukan sayur..

Taraaaa...siap.!

Selamat mencuba ;)

Xoxo


Wednesday, March 26, 2014

Rabu..


Hola..
Moning olls.
Pagi ini bermul lagi hari yang membosankan kalau bosan tu ok lg ditambah lagi dengan pekara-pekara yang tak sepatutnya didengar(agak kurang ajar) cotoh yang tak baik.
Semalam pulak mcam-macam versi cerita yang aku dengar so semalam malam makan ubat batuk lebih sikit bagi tidoq lena hahaha aku kalau tengok cerite hantu pon takut ni kan cerita betul-betul memang melompat la.

Abaikan yang semalam hari ni aku nak hadap lagi hari-hari yang ada..
Tapi hari ni lega sikit ada kak nisa huhu... lamanye nak menghabiskan minggu ni..dan Tak sabar tunggu sabtu ;p hehe  

#doauntukMH370
#semogaadakeajaiban


Tuesday, March 25, 2014

Al-Fatihah..


Al-fatihah buat penumpang dan anak kapal MH370..

Hola selamat pagi..
Pagi ini semua radio yang aku dengar semua berkisah tentang MH370.
Aku tak mengikuti siaran langsung sidang media semalam tapi bila bukak FB sebelum tidur nampak semua hapdate pasal MH370 sedih jugak bila baca. Aku yang tak de kaitan apa-apa ni pon macam tak boleh terima kenyataan dan secara peribadinya aku harap akan ada keajaiban yang berlaku.
Kepada kaum keluarga mereka yang terlibat semoga tabah dengan dugaan ini.. Segala yang terjadi pasti ada hikmah 





Xoxo
Myra Mokhtar.






Monday, March 24, 2014

Mondayy...


Hola monday...
Jumaat yang lepas memang banyak yang best2 aje..seronok weyyy haha
Minggu-minggu akhir di bulan mac.. Pls be nice ok
untuk hari ini dah mula la minggu bermuram durja..(ayat de macam gaya penulis tak?) ;p hikhik
Bangun pagi dah mula mula rasa gerrrrrrrr....?????!!!!!!""' Adoi ai bosanye....!  Tetibe rasa rendah diri yang amattt tgok diri depan cermin terfikir sendiri (tak sedar diri betul kau kan) :(   #tetibe haha


separuh jiwa ku pergi..     ke mana? Aku pon tak tahu mungkin sebabnya minggu ni aku akan keseoranggan tapi yang bestnya tak payah balik lambat. Tapiiiiiii tetap tak best..
Tapiiii(banyak pulak tapi kau kan) harapan semoga minggu ni tak macam yang aku bayangkan... 
Tengah memberi diri semangat jangan ada yang yang merosakan dah.. 






Friday, March 21, 2014

Senyum di pagi hari..


Hola..
Selamat pagi salam jumaat semua..
Syukur masih bernafas di pagi ini, masih diberi peluang untuk menjadi yang lebih baik dan masih di beri peluang untuk bersama orang-orang yang kita sayang Alhamdulillah..terima kasih YA ALLAH.


Semoga segala urusan kita dipermudahkan..
Nak yang indah-indah je hari ni sebelum nak masuk minggu yang tak best(minggu depan) tanpa along dan kak fyda huhu 
Selmat jugak untuk korang sebab akan ada entry sedih pilu aku..meluah rasa dan macam-macam lagi hihik ;p

Xoxo



Thursday, March 20, 2014

Parasomnia..


Hola..selamat pagi
Pagi ini tah kenape mata bukan main mengantok lagi..kalau dapt lelap kejap pon jadilah memang gile tak tahan ni..(bayak pulak syaitan yang bergayut-gayut dekat mata ni.)

Hari ni aku nak tanya korang penah tak alami parasomnia tak?
Ape tu parasomnia?? Haha parasomnia tu disama ertikan dengan mengigau. Belagak uolls padahal baru je google hehe

Antara faktor nya ialah
Stress
Tak cukup tidur 
Demam
Katurunan 
Kafen/alkohol

Tu antara fktor yang aku dapat tahu hasil dari google

Kenape tibe-tibe cerita pasal mengigau ni??...
sebabnye aku paling kerap mengigau..tak tau kenape dan macam mana nak atasi aku memang
 tak sedar la tapi along selalu ckap aku mengigau kadang-kadang aku punye megigau boleh jadi bahan lawak..kecoh stu rumah dia becerita sampai mak ngn ayah aku sakit-sakit perut gelak..sabo jela 
ada sesiape yang tahu macam mana nak hilang kan mengigau??  (Angkat tangan) hihi

Xoxo



Tuesday, March 18, 2014

Pagi penuh kabus rindu..

Hola..
Selamat pagi.. Mulakan hari dengan senyuman 
Semoga harini lagi best dari semlam yang best (kak fyda adim je yang faham) ;p hikhik



Tajuk entry nak gempak pagi  penuh kabus rindu bahaha..
Padahal nak cite pasal kabus pagi tadi..rindu tu saje nak sedapkan dan saje nak promote novel sifu "kabus rindu" hehe
pagi tadi otw pi kerja sepanjang jalan berkabus membataskan penglihatan aku ada pulak kereta yang tak bukak lampu ishhh teror gile.. Gelap +kabus dia boleh terang mata.
Disebab kan kabus yang tebal pagi ni ayah aku punye pesanan sebelum pegi keje pon lagi panjang dari biasa huhu 

Sekian entry #kabuspagi #pesananpanjang 

Xoxo


Sunday, March 16, 2014

Dapur Sabtu Ahad..

Hola..
Selmat petang 2 hari cuti berlalu begitu pantas dah petang ahad dah ni esok kerja..OMG malasnya rasa tapi apa kan daya kan.."kalaulah aku kaya" (beranagan kejap) hihi tak payah nak kerja weyy dok umah goyang kaki tapi apa kan daya kembali kedunia realiti rajin ke tak kena jugak pegi.

Jauh dah terpesong jom kembali ke cerita asal..biasa lah kalau cuti-cuti ni kalo tak ke dapur memang tak sah mau mak aku melaung macm tarzan..jadi nak tak nak moh le kedapur..



Ini aku buat cucur jagung sebab jagung ayang aku beli aritu dh naik kering kat dalam peti sejuk bila buat cucur ni ramai yang makan.



Ini daging masak ketumbar resepi mak aku yang aku korek dan aku share dengan korang tadi memang sedap.



Dan ini kejayaan terbesar dalam hidup aku akhirnya berjaya masak sambal goreng benda yang paling susah pada aku tapi hari ni semua makan bertambah hikhik  (kebetulan kot ari hi je sedap) hahaha


Ni aku punye pencuci mulut..

Korang nak potong sndiri hehe ;p

Xoxo













Resepi Daging Goreng Ketumbar..


Bahan-bahan:

Daging
Ketumbar
Bawang merah 
Bawang putih


Cara-caranya:

Goreng ketumbar dan kisar kering
Tumis bawang putih dam merah dah agak garing masuk kan ketumbar yang dah dikisar tadi kemudian masukkan air dan dging renih sebentar bagi daging empuk dan masukan garam sekukup rasa.

Ini lah hasil nya

selamat mencuba ;)

Xoxo




Friday, March 14, 2014

Aku dan pengalaman baru..


Hola... Selamat pagi 
Salam jumaat semoga jumaat ini membawa beribu rahmat kepada kita..
Semoga pencarian MH370 akan cepat berakhir..


Ok kita ke cerita asal semalam aku memang rasa nak patah kaki mana taknye stengah jam menghadap jammed dah la kereta manual balik cari minyak gosok kaki. Huhu
Pestime macam gini selama aku aku menjadi pemandu ini yang semlam paling mencabar. 



punye panjang nak sampai ke depan..stress gile tapi tak pe dapat pengalaman baru kan.. :)

#Semoga apa yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar.
Xoxo






Thursday, March 13, 2014

Semalam..


Hola selamat pagi...selamat datang ke sekolah lama hehe 

Semalam merupakan hari yang paling memenatkan sepatutnya entry ni di publish semalam tapi tah macm mane entry ini tidak di publish kan..jurkkkk nak jugak korang bace penat tulis tau

Semalam aku bangun dari 5.30pagi tadi sampai tengah malam tak dapat nak bergolek-golek di atas katil aku yang empuk tu.. Balik kerja memang pukul 5 tapi kene tunggu along pulak balik sampai rumah dah pukul 6.30petang samapi-samapai je tengok anak kucing dah beranak dok belek-belek anak kucing tu dah pukul 7.00mlm cepat-cepat mandi siap-siap semua hantar adik tusyen dah hantar pulak along ajak pegi photostat pegi sg udang pulak dok dekat kedai tu dh berjam. bayak pulak orang nak photostat malam ni tgok jam dh 9.30 malas nak balik dok lepak pantai pulak pukul 10.00mlm ambil adik sekolah.
Sampai rumah dah tak nampak benda lain selain dari katillllll bukan main melambai-lambai lagi(adoi tergoda betul) hehe 

Sekian sahaja kisah yang memenatkan semalam..

Xoxo..

Tuesday, March 11, 2014

Laksa goreng..


Hola..
Selamat tengah hari..
Misi berjimat jadi pagi-pagi aku dah bangun untuk memasak (aku masak ke?) haha hari ni tak aku sapu   Roti je (gambar roti tak de sebab dah habis makan) laksa goreng tu along aku yang masak..
Cakap pasal laksa goreng ni kawan aku fyda adim tak pernah makan jadi hari ini nak bagi dia rasa.  Tak sabar nak makan sebab perut dah keroncong dan dah lama tak makan ni 
So selamat tengah hari dan selamt menjamu selera.

Monday, March 10, 2014

Selamat pagi isnin...

Hola...
Pagi semua..
Mulakan hari kita degan senyuman dan semangat yang baru..
Dari sabtu samapai hari ni tak henti-henti berita mengenai MH370 masih lagi misteri..
Sampai hari ini di tempat kerja aku sebok membincangkan pasal MH370 macam-macam versi yang aku dengar

Kita masih lagi dalam penatian aku yang bukan ahli keluarga yang terlibat pon risau nak tahu mana perginya MH370 geng charlie's angel aku fyda adim lagi la tak pernah2 tengok berita sekarang asal ada berita keluar mesti dia nk tgok..haha 
Apa-apa pon kita doakan yang terbaik semoga mereka semua berada dalam keadaan yang selamat...Amin..



Saturday, March 8, 2014

Selamat hari wanita...


Hola..
Lambat nak menghapdate tapi masih dari sama jadi aku nak ucapkan selamat hari wanita kepada semua yang bergelar wanita termasuklah aku haha wanita dh sekarang ek ;p


Friday, March 7, 2014

Selamat petang..


Hola..
Selamat petang jumaat tak sabar menghitung masa untuk pulang
Hari ni terasa begitu panjang berada di tempat kerja mungkin sebab bosan tak ada kawan gelak
Mungkin jugak sebab sakit kepala yang melanda..hoho

Ada kene mgena ke dengan gambar??Haha memang same sekali tidaka lah
Kata-kata diatas untuk renugan petang ini...segala persoalan yang timbul dalam hati kita pasti akan terjawb cuma cepat atau lambat (sesungguhnya Allah maha mengetahui)

Xoxo

Muhasabah cinta...


Assalamualaikum..
Hola..
Selamat hari jumaat korang hari yang aku tunggu-tunggu taksabar nak cuti dan tak sabar nak ke romantika..tapi....tak jadi sebabnye kepala aku rasa macam nak pecah. Dengan batuk dan selsema yang melanda diriku ini membuatkan aku tak de mood dan selalu megeluh "kenape batuk ni??selsema lagi..tensionnnn...!" 

 Pagi-pagi otw p keje terdengar lagu "muhasabah cinta" lirik dia penuh makna.. Buat aku sedar dan lebih hargai apa yang tuhan dah bagi dekat kita... Jom hayati bersama

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu.


#muhasabahcinta
Xoxo




Thursday, March 6, 2014

Paksa atau rela..?


Hola..selamat tengah hari
Apa yang paksa atau rela tu kan..pagi ni tiba-tiba gerak nak buat entry pasal kes rogol yang semakin menjadi-jadi sekarang ni.. Mula-baca artikal pasal kes rogol ni aku kesian tapi bila sampai part tempat di rogol di sebuah hotel?? ???$$$&&&&???? Haha

 Aku terus terfikir kalau seorang perogol nak rogol mangsa dia yang semestinya dalam keadaan tak rela tak kan bawak pegi hotel. Gile..!  Mesti mangsa dia boleh jerit mintak tolongkan?? Emmm 
Bukan apa kompius sekejap pada kebiasaannya  atau logiknya kalau kita dengar pasal kes rogol mangsa akan dirogol dalam semak ke dalam kereta atau mana-manalah tempat yang agak jarang di lalui orang atau pun tempat yang susah untuk mangsa nak meminta bantuan. 

Dalam kes ini nak salahkan lelaki pon aku tak boleh jugak.. Ya..kita semua sedia maklum lelaki memang sifatnya yang buaya darat, tembaga dan yang sama waktu denganya. Tapi kita boleh mengelak dari menjadi mangsa.

Teringat kata-kata mak aku "dah tahu lelaki tu buaya siapa suruh ikut?? Mana ada buaya menolak kalau dh memang makanan dia depan mata."  
Persoalannya sekarang..
Macam mane??, kenapa?? Seseorang wanita itu boleh ikut lelaki sampai ke hotel? Rasanya tak ada sebab yang munasabah.  Kalu nak kata "dia ajak sy naik dekat hotel tu sebab nak ambil barang tiba-tiba dia rogol saya.." (Contohnya ye)  biasa aku baca kes-macam gini.." yang nak ambik barang tu dia yang kau sebok-sebok masuk sekali tu pehal...! "(Opsss overr pulak aku)haha

Bukan nak mengulas kes ini cuma mungkin boleh kita fikir dan jadikan tauladan untuk kita (paling utama untuk diri aku sendiri) bercinta jangan tak hengat dunia. Hikhik
Jadi kesimpulannya Paksa ke rela ni?? Lu fikir lah sendiri. :p
Jangan bagi orang pijak-pijak maruh awak macam tu aje. 
Jadi berbalik pada entry aku pagi tadi "hidup ini pilihan" kalau kita pilih putih maka putihlah dia kalau kita pilih hitam maka hitamlah jadinya.

Sumber:kertan akhbar Melaka Hari Ini 6/3/14





Hidup dan pilihan..


Hidup ini pilihan..
Apa yang buat kamu sedih tinggalkan dan apa yang buat kita tersenyum pertahankan..
Apa pun dalam hidup ini terserah pada kita menentukan tepuk dada tanya hati ok ;)

Hola...
Pagi ini indah seperti biasa tapi nak bangun pagi tu memang tak indah lah...nak menagis rasanya 5.30 jam dh bunyi mata memang lekatlah mana tak nye malam tak boleh tidur sebok dengn batuk sampai termuntah-muntah bagai(baru bersyukur nikmat sihat yang diberi selama ni..) 

Tapi sebab misi berjimat masih berjalan aku terpaksa gagahkan diri pegi memasak pagi-pagi buta.
Mak aku siap cakap "sampai bile agaknya tu.." Memanglah dia tak percaya nyata anak dara dia yang sorang ni dah cop kat dahi PEMALAS haha masak pon tak tahu tiba-tiba memasak bawak bekal..
Tapi yang membanggakan aku walaupun amatur dalam bidang masakan ni tapi ada yang kata aku masak sedap..! Wahhh ( merah pipi kejap) hehe 
Sape yang cakap yang cakp sedap tu?? Sape lagi kak fyda adim la orang lain tak cakp sedap pon..ke dia saja cakp nak sedap kan hati?? Ahhh tak kesah lah sekurang-kurangnya itu memberi semangat dekat aku untuk terus memasak haha



Wednesday, March 5, 2014

Pagi lebih indah..


Moning ollss...
Hola.. Hari ni pagi-pagi dah menghapdate blog hehe semuanya awal dan lancar pagi ni dan pagi-pagi dah dapat msg dri orang yang dah lama menghilang (kene cite ea) hahaha 

ok kembali ke cerita asal 
Pagi ini aku bagun lebih awal dari biasa pukul 5.30 pagi dah mula bersilat-silat di dapur(bak kata fyda adim) huhu sekarang dh mula rasa mengantok yang amat tapi sebabkan semangat untuk berjimat memenuhi misi aku terpaksalah...

Hari ini semua masak sendiri tak tahu ape rasanye..hehe 




Semoga segalanya akan lancar dan lebih indah...

Selamat hari rabu semua ;)

Monday, March 3, 2014

Aktiviti sepanjang 2 hari..


Hola..
Selamat pagi semua(ala2 upin dan ipin) haha
Sabtu dan ahad aku kali ini agak membosankan bila along aku yang sepatutnye balik sabtu lepas tapi last2 dia call cakap tak dapat balik kena dok KL lagi seminggu stresss gile aku sebabnya dh berangan nak ambik dia dekat MC dah tu terus ke merlimau nak pegi rumah orang kawin..dia tak jadi balik jadi harapan aku pun terkubur je lah macam tu..argggghhhhhhhhhh (jerit sekuat hati) haha nampak tak betape kecewanye aku tu :/

Dok terperuk dekat rumah jadi ni lah hasil kerja cuti2 malaysia aku ni kn..haha
Sabtu malam ayah aku terigin nak makan kek pisang katanya so aku pon mula operasi kek pisang aku tu selesai pukul 11 tak salah aku..  #sayasayangayah hahaha

Ahad pulak sambung buat lepat ubi pulak aku memang tak abis dengan ubikan? Haha sbnarnya nak habiskan ubi-ubi dekat rumah tu sebelum VAVI dekat hutan blkang umah aku tu makan baik aku kutip dulu haha

Lupa nak ambik gmbr hasil dalam dia.. Tgok magkuk dia pon cantik haha
Ni aku masuk je tak sempat nak letak atas pinggan cantik sebab ramai yang tengah menanti nak makan huhu

Aktiviti yang selain dari membuat kuih muih pada waktu cuti ini ialah duduk dalam bilik dan karok dalam bilik dengan sepenuh hati sampai hilang sura  nak jugak nyayi walau suara mmg kelaut je haha tension jiran-jiran mendengo.. Nak buat macam mane tu je la cara yang boleh ilangkan kebosanan yang melampau ni..sorry yek jiran-jiranku hahahaha

Sekin entry cerita sabtu ahad aku yang agak membosankan
XOXO










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...