Be My Followers

Thursday, October 31, 2013

Simple Giveaway by Nik Ainaa...


Klik gambar untuk join GA..
dan kalo nak random special share page ni macam aku.. =)




Bye bye October - welcome November..


Hari ini hari terakhir bulan OKTOBER...  :( sedih sebab bulan ni penuh makna buat aku..
bye bye oktober..
dapat tak kita jumpa lagi tahun depan.. (cehh..tetiba buat cerita sedih pulak) hikhik

so  november..


Harap november ada membawa berita gembira pada aku..




Wednesday, October 30, 2013

100 DAYs WITH Mr.ARROGANT...



Hari ni seharian aku layan cerita korea.. (versi ketinggalan) haha.. sebenarnya cerita ni dah ada pada tahun 2004 lagi cuma aku je yang baru tahu pasal kewujudan cerita ni.. orang lain dah bergelak tawa lama dh aku je yang baru nak tengok..
kepada yang ketinggalan macam aku boleh la layan cite kat atas ni..memang best..(ngange mulut tengok hero korea) :p
 #Sambil tengok cite korea boleh cari idea..


Tuesday, October 29, 2013

Pagi Ini..


Assalamualaikum... 
Selamat pagi..
Cerita aku pagi ni memang mecabar gile..
dah lah hujan yang lebat ayah aku dah pesan "jangan bawak kereta laju2 nampak x hujan ni..?"
 ok saya tak bawak laju-laju.. bila dah tak laju maka lambat lah sampai. :(


aku sampi dpn tempat kje aku dh pukul 7.30..igat sempat la nak kejar aku pon cepat2 lari n nk lalu shortcut bawah tangga tiba-tiba aku nampak ular..1st aku pndg ular..dalam hati kata" betul ke tak ni??"
 ingat ular mainan aku nak jalan je la 
baru mula nak melangkah sekali dia bergerak..huhuhu(ini betul2 putera ular)!!! menggigil lutut aku..
seram sejuk tengok ular tu.. nak naik tangga pon dah takut
 buat tetiba ular  tu boleh naik ketangga tu..(oh tidakkkk...!!) dalam otak dah macam-macam aku fikir..
 "kalo kena patuk macam mana??" "kalau dia belit aku sapa nak tolong??" ...  dan bala...bla..bla..
aku memang tak boleh la binatang-binatang ni menakutkan..

sekian sahaja cerita pagi yang boleh mengaktifkan jantung aku..

XOXO..


Monday, October 28, 2013

Gila GA..


Happy monday..
Setelah 2 hari bercuti dan semalam seharian di rumah+ hujan yang lebat= ular sawa(melengkau je)..hikhik
Ok Hari ini nak cerita pasal kegilaan aku pada GA(giveaway) biasalah perasaan hasad dengki aku ni :p
tak senang duduk tengok kak Nisa ayik dapat hadiah je aku pon nak jugak.. ahaksss
Tak tau hantu apa yang merasuk..
so pagi ni menggila cari GA yang ada n join mana tau rezeki kan? 
selain tu boleh jugak tambah kawan-kawan sambil berkongsi maklumat dan kisah hidup.. ;)
Ok aku nak sambung kegilaan join GA 
Daaaaa....

GIVEAWAY HUJUNG BULAN BERSAMA MOHD NOOR SHAWAL!

(klik banner kalau nak join)
GA berlangsung lebih kurang 2 minggu iaitu dari 18/10 sehingga 31/10/13
GIVEAWAY HUJUNG BULAN BERSAMA MOHD NOOR SHAWAL! di anjurkan oleh Mohd Noor Shawal dan di sponser oleh Mohd Noor Shawal , Sharfynarz Sharfnie , Mama Darwish , Nurul Aslinda , Sheila Salim , Akma Faizal , Aisya' , dan Engku Muzahadin.
Read more: http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2013/10/giveaway-hujung-bulan-bersama-mohd-noor.html#ixzz2iyawFpXL



Mini Giveaway By Nabila Medan...


CLICK BANNER!!



Mega Giveaway By Iman Zakaria & Faris Farizat...


klik banner untuk join..





Saturday, October 26, 2013

Semua Yang Baik..


Selamat pagi..
selamat beristirehat di rumah..
pemulaan pagi mari kita mulakan dengan doa dhuha..



Fikir yang baik-baik,
Mintak yang baik-baik,
InsyaAllah..akan datang yang baik-baik.


Friday, October 25, 2013

Semalam Belajar Bahasa..

Hola...

semalam seharian aku dok bergelak tawa dengan fyda adim sebabnya belajar bahasa dengan dia
nak tunggu kelas bahasa Cina kita orang lambat lagi so sambil-sambil tu aku belajar bahasa BAWEAN
best jugak  taklah hafal semua tapi aku cuma belajar yg basic je contoh sakek soko, sakek olo n adalah beberapa lagi macam yang kat bawah ni


Harap nanti dapat lah aku bercakap bawean walaupun tak de keluarga bawean hikhik


Giveaway Jom Menang..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Jom join ramai-ramai..!
bila tengok Kak nisa asyik dapat hadiah je (jelesss u olls..)hikhik aku pun nak jugak :)  mana tau menag kan?

Jom makan..





Hola...
Tengah hari ni aku MCD je sebabnya 
Aku tak nak makan nasi..hikhik(bajet org putih) ahaksss...
Jadi aku paksa kak fyda ikut selera aku :p so selamat mnjamu slera.

Haram Bercerita Tentang Keburukan Orang Lain..


Assalamualaikum..
Salam Jumaat semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Haram heboh keburukan sesama Islam

ISLAM mengkehendaki kesalahan dan keburukan yang dilakukan oleh orang Islam disembunyikan dan tidak boleh diheboh-hebohkan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam maka Allah menutup keaibannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)

Suasana masyarakat Islam sekarang yang sering tidak menghormati sesama Islam, adalah melanggar hukum Islam.

Menghormati saudara seIslam dalam erti kata menjaga maruah dan air mukanya melalui teguran dan nasihat yang membina dan sopan, akan dapat melahirkan suasana hidup bermasyarakat harmoni dan sejahtera.

Itulah jaminan Islam kepada umatnya apabila mereka mengamalkan sikap menghormati sesama Islam.

Tidak ada orang yang tidak berdosa, dan tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan. Cuma bezanya, banyak atau sedikit, besar atau kecil, teruk atau tidak, kelihatan atau tidak kelihatan.
Bagi orang yang bijaksana, ia memandang pada dalam dirinya dan bertaubat dari dosa-dosanya dan membetul kesilapan-kesilapannya. Dia menutup keaiban orang lain, dia menjaga harga diri sendiri dan harga diri orang lain.

Keaiban sesama Islam apabila didedahkan, maka bukan saja hilang kehormatannya, malah sehingga orang bukan Islam tidak lagi menghormati masyarakat Islam.

Usah kita menagih penghormatan daripada orang bukan Islam jika kita sesama Islam sendiri tidak mengamal dan menghayati amalan hormat menghormati dalam erti kata sebenar yang dituntut oleh Islam.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12, 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”

"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Mengaibkan iaitu menceritakan keburukan seseorang samada betul atau tidak adalah berdosa. Dalam Islam, tidak boleh menyebarkan keaiban orang lain walaupun mahkamah telah membuat keputusan sesuatu kes. Haram menceritakan dan menyiarkannya di dalam surat khabar dan dimanamana pun, walaupun disisi undang-undang dunia dibolehkan, Islam tetap mengharamkan penyebaran aib orang lain.

Seseorang yang menulis tentang aib orang lain juga akan disoal dan penulisannya akan didatangkan kembali di hari kiamat. Oleh itu sebagai orang Islam, berhati-hatilah dan elakkan dari menulis tentang keaiban orang lain. Hasil dari jualan berita yang mendedahkan keaiban itu juga boleh menjadi haram.
Di Padang Mahsyar nanti Allah akan mengaibkan orang yang mengaibkan orang lain sehingga mereka malu dan sanggup terjun ke dalam api neraka.

Dalam satu hadis, ada disebut lebih kurang begini “kalau orang mengaibkan kamu dengan sesuatu yang tidak berasas, Allah akan mengaibkannya di Padang Mahsyar, janganlah kamu mengaibkan walaupun ianya berasas”.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...