Be My Followers

Monday, July 22, 2013

Tepung Pelita..


Assalamualaikum..
selamat  pagi..
Entry aku yang lepas IFTAR ada tunjuk gambar tepung pelita yang aku buat sendiri 
jadi atas pemintaan seseorang aku nak kongsi resepi ini..
Kalau ada yang rajin nak buat boleh lah try sangat senang..


Lapisan bawah:

5 cawan air pandan(pandan tu msen jgn bayak2 nanti pahit plk) n letak warna hijau sikit tok nampak cantik 
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
sengkuang (terpulng brapa banyak korang nak letak)


Lapisan atas

6 cawan santan 
1 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara nya(cewahh dh mcam chef pulak ha3)

Untuk lapisan bawah masukkan semua bahan aiir pandan tepung jagung dan gula tadi lepas tu korang kacau atas api yang sederhana(jgn besar nanti hangit pulak bawah dia) sampi lah dia berkilat(ala2 nk masak kastard gitu) bila dh kilat korang masukan sengkuang tadi kacau beberapa saat je pastu tutup api terus letak dalam bekas(kena cepat sebab dia cepat keras)

Dah siap lapisan bawah buat pulak lapisan atas ulang cara-cara lapisan bawah td bila dh masa dia akan berkilat letak di atas lapisan hijau td and done..!! boleh makan senang je kn? korang blh try mesti jadi kalau tak jd tu x dpt den nak mnolong nye ha3 sebab aku dh bagi macam aku buat dekat rumah 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...