Be My Followers

Tuesday, April 23, 2013

mimpi lagi...


assalamualikum....
malam tadi aku mimpi lagi benda yang sama.
nak tau mimpi apa?? emmm malu pulak nak cakapp..( gedik tetiba..)
aku mimpi "datang bulan.."pelik dan pada aku itu agak ngerilah kalau melibatkan darah-darah ni..
sebenarnya sebelum ni aku dah mimpi tapi aku wat tak tau je sebab malas nak fikir mungkin mainan tidur je aku tak ambil pusing tapi bila mimpi tu berulang tu yang buat kan perasaan igin tahu tu makin kuat jadi pagi ni aku cari dari kawan baik aku encik google..

macam-macam lah yang aku dapat dan yang paling mengejut kan aku ada yang kata tu tanda nak mati..
bayangkan perasaan aku masa tu memang hilang harap la..saat dan ketika tu aku rasa macam aku dah mati betul-betul huh..~~ tuhan je la yang tau.
tak puas hati dengan tu aku google lagi dan jumpa blog ni

dalam blog dia tulis:
"orang tanya apakah maksud mimpi datang haid..Ustaz tu jawab : kesihatan .. tu je jawapan dia..

Biasanya mimpi menstruasi ini dialami wanita dan memiliki makna yang sangat positif. Mimpi ini bisa dianggap sebagai lambang pelepasan ketegangan dan ketakutan. Mungkin Anda akan terlepas dari kesulitan sehingga bisa membuat Anda bisa lebih santai. Kadang-kadang mimpi ini bermakna pembuangan energi dan kekecewaan."

apa yang buat aku lega bila aku baca blog tu dan aku dapati ramai jugak yang mimpi macam aku..
 tapi aku still nak tau..
 kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu mimpi yang pelik-pelik..

harap sesiapa yang baca boleh la tinggalkan komen yekk... =)


1 comment:

Fyda Adim said...

fikir yang baik2 saja ye kawanku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...